Monday, July 12, 2010

seni mempertahankan diri








seni mempertahankan diri...

Malaysia sangat trkenal dengan seni mempertahankan diri silat. Silat sangat unik kerana disamping gerakan-gerakan yang agresif, tersirat seribu satu kelembutan yang perlu dihayati.

Aku mula menceburi silat pada tinkatan satu, pada 2003. Silat yang aku sertai ialah Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM). Pada mulanya aku sertai hanyalah kerana ramai rakan yang join. Bayangkanlah, dari 120 pelajar tingkatan 1, lebih 50 orang yang join. Selain tu, mase promosi PSSGM memang gempak. MAse demo tu ade macam-macam aksi, ada kuncian pentas, lompatan dan sebagainya.

Mase awal belajar memang bosan. belajar kekude, nak tumbuk dah berape lame dah. Tapi kan kate pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung, mane kan dapat sagunya. aku pon pernah gak cam nak putus ase, tapi bile aku ingat balik kate-kate cikgu rasol (gurulatih aku) genggam bare api biar sampai jadi arang, so, aku teruskan jugak.

Sepanjang lima tahun aku kat sekolah (F1-F5) banyak pengalaman yang aku dapat. dalam pertandingan aku penah masuk dan ade gak menang dalam silat olahrage dan tempur. Bila aku join silat aku jugak belajar erti kesabaran dan kenal dengan macam-macam perangai manusia.


Ape yang lebih menarik, jika dahulu aku join sebab ikut kawan, mase dah F5, aku antare yang paling aktif dalam PSSGM di gelanggag sekolah aku. Dari 50 orang ahli, ketika F5, cume 4 Orang yang bertahan. Yang lain dah bersara awal. huhu.
Sekarang aku dah pon menyadang Bengkong Pelangi kuning cula 3 dan telah mengikuti kursus gurulatih. Namun sekarang, sudah hampir setahun aku tak bersilat, dan insyaallah, aku akan sambung di UiTM Perlis, pada semester akan datang ini

No comments: